
Kris Maju Enterprise baru bertapak dalam bidang perkhidmatan sewaan dan pembelian khemah dan katering yang ditubuhkan pada tahun 2008, tetapi telah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan yang mana kami mampu untuk memberikan saingan kepada syarikat-syarikat lain seumpama kami yang lebih lama bertapak dalam perkhidmatan ini. Kris Maju Enterprise adalah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia - SSM (001763296-T) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia - MOF (357-02152836). Ini adalah disebabkan oleh keterbukaan kami dalam berniaga. Kami percaya kejujuran dan mutu perkhidmatan terbaik sahaja mampu meyakinkan perguna sekali gus menjadikan kami yang terbaik antara yang terbaik.Perkhidmatan kami meliputi pelbagai pakej yang bertujuan untuk mempermudahkan pelanggan kami dalam membuat pemilihan susuai dengan 'bajet' pelanggan kami yang mana pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, pernikahan, majlis rumah terbuka, kenduri - kendara, dan juga majlis - majlis korporat. Misi kami adalah kepuasan pelanggan pada tahap 100%. Justeru itu perbincangan bersama pelanggan amat diutamakan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Kami menawarkan harga yang berpatutan di sekitar dan luar kawasan Lembah Kelang serta diluar negeri Selangor. Jika terdapat sebarang pertanyaan hubungi kami kerana para perunding kami sedia membantu anda pada bila - bila masa.
​
Kami juga bersedia untuk menjalinkan sebarang bentuk usahasama perniagaan dengan mana-mana pihak yang berminat.Hubungi kami untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut.
KAMI ADALAH TERBAIK

KRIS MAJU ENTERPRISE sentiasa bersama mencapai kehendak anda
KRIS MAJU ENTERPRISE